Pages

Tuesday, January 10, 2012

AURA POSITIF MENGELILINGI SAYA

Mahu mendorong pelajar yang corot...saya harus bermula dari diri sendiri. Selaku guru yang corot juga, saya adalah model kepada murid murid saya. Kebelakangan ini saya dapat merasai aura yang positif mengelilingi saya. Saya menjadi bersemangat untuk masuk ke kelas. Awal awal lagi saya sudah terpacak walaupun masih ada guru lain di dalam kelas. Hadir ke Kursus Mendorong Pelajar Corot adalah kehendak hati dan bukan dipaksa paksa. Tambahan pula ianya disampaikan oleh individu yang saya kagumi. Kali ini saya perlu mengubah diri kalau mahu mengubah orang lain. Persiapan saya perlu rapi. Senjata perlu cukup.

Semalam saya membaca saranan Tuan Fuad Latip supaya berwuduk dan meggalakkan murid berada dalam wuduk ketika belajar. Saranan ini akan saya gunakan untuk diri sendiri. Saya akan cuba sentiasa berada dalam keadaan wuduk semasa mengajar. Saranan ini sanagt mudah dilakukan dan tidak perlu mengeluarkan belanja pun. terima kasih Tuan Fuad Latip. Mudah mudahan Allah memberikan keberkatan terhadap hidup tuan dan dilimpahi rezeki serta berada dalam golongan insan yang mendapat syafaat.
Ya saya merasa sedikit perubahan pada diri saya. Semangat saya agak tinggi. Mungkin semangat tahun baru gamaknya. Idea ketika mengajar mencurah curah datang. Saya akui sebelum ini saya agak bekeng dan cengei. Kalau gagal mengawal kelas, suara saya mula meninggi. Tangan pula terasa gatal sahaja mahu naik. Namun adakalanya garang juga penting terutama ketika mengawal kumpulan besar. Tetapi syukurlah saya terasa sangat positif. Saya perlu kekalkan aura ini selama mungkin. Kadang kadang perubahan akan disalaherti oleh orang lain terutama rakan sejawat. Tetapi saya tidak mahu pandangan insan lain menggugat semangat saya. Saya hanya mahu melakukan tugas saya dengan kadar terbaik. Saya bukan mahu dipuji atau diberi ganjaran kerana apa yang diterima sekarang cukuplah untuk memberi nafkah kepada keluarga dan tuhan juga memberikan rezeki sampingan yang sangat lumayan kepada saya. Saya mahu menjadikan profesion ini sebagai sebahagian dari kehidupan dan menjadi bekalan untuk alam selepas ini.

Tetapi terlalu awal untuk mengukur kadar kejayaan. Saya perlu fokus dan bersedia menerima segala cabaran yang mendatang.

2 comments:

Athirah Jinal said...

Semoga Allah permudahkan urusan Tuan sekeluarga. Mintalah dibesarkan iman bukan dikecilkan ujian dalam menghadapi apa jua. InsyaAllah. Salam dari guru juga.

Wan Mazwati said...

Didoakan Allah makbulkan segala permintaan Tuan dipermudahkan segala urusan Tuan dan dikurniakan kerjayaan dunia dan akhirat kepada tuan sekeluarga, amin.

Terima kasih kerana mengaplikasikan hasil kajian kami.

Dr Wan Mazwati

Post a Comment